Monday, August 9, 2010

Broga Hill + Gunung Tok Wan - 7 Aug 2010

Broga Hill...mungkin ramai yang dah biasa dengar dengan nama ni....tahukan anda selepas Broga Hill, ada track ke Gunung Tok Wan? SprintBear dah lama plan nak cuba track ni...tapi tertangguh banyak kali dah....kali ni perancangan awal disusun...9 org akan terlibat ngan xtvt ni..
Ruddy, Armetz, Zirg, Capiq, Sham, Atie, Pei Yee, Celine & Jacklyn...




Track agak lembab ari ni sebab baru lepas hujan...nasib baik hujan tak lama dan tak lebat sangat...



Broga Hill tak pernah sunyi dengan pngunjung dengan pelbagai agenda...ada yang datang untuk menikmati keindahan alam...ada yang datang untuk beriadah...SprintBear datang sebab nak keluarkan peluh....hehehe



Berehat sebentar..kena kumpul tenaga balik sebelum mendaki Broga Hill....


Pendakian bermula!




Puncak Broga Hill...terpaksa menggunakan tali untuk memanjat batu yang agak besar....nak panjat tak jadi masalah...cuma menunggu 'turn' nak panjat tuh yang membosankan...nak menambahkan lagi kebosanan, ada pulak golongan yang 'tak reti bahasa' dengan rasa tak bersalah memotong 'q'...
"Alloo kawan..orang lain suma beratur...takan tak nampak kot...."


Akhirnya!! puncak Broga...400 m above the sea...satu pencapaian ni....masih mampu bergaya dan tersenyum di depan camera....heheheh



Laluan masuk ke Gunung Tok Wan...hmm.....scary...hehehe


track ke Gunung Tok Wan agak mudah berbanding Broga kerana lebih landai & redup....



terdapat 'penanda' yang diikat di pokok2...so tak perlu la risau salah jalan atau tersesat.....






Gunung Tok Wan masih belum tercemar....tapi ada juga golongan yang tak bertanggungjawab membuang botol2 air di kawasan track....



Sham membuat aksi MC Hammer...sempat lagi tu..heheheh



Setelah 2 jam berjalan kaki + mendaki + merangkak...
AKHIRNYA!!! sampai juga di puncak Gunung Tok Wan...


Inilah athlete2 yang berjaya menawan puncak Gunung Tok Wan!!
(semput gak la nak sampai ke sini)



inilah rupa puncak Gunung Tok Wan.....pokok...pokok...dan pokok lagi....heheheh



Acara turun bukit bermula!


Celine dengan tongkat sakti nyaa!...hehehe...


Setibanya di Broga Hill....dah sunyi.....semua dah balik....





Antara Flora dan Fauna yang di temui di Gunung Tok Wan.....

Ulat Gonggok versi monster....

eeer.... species pelik....

cendawan yang tumbuh di batang pokok yang mati...

batallion semut yang rasanya kalau gigit kaki bleh bengkak ni.....heheheh


sarang labah2 membaluti batang pokok ni....

Haaaaa...ada cerita di sebalik pokok ni....paham2 je laaa eeeh...
Kebenarannya ikut pandangan masing2 laa....tapi mengikut pandangan SESEORANG YANG ARIF tentang hal2 begini, memang terdapat penghuni di pokok ini...



Kesimpulannya...memang best xtvt SprintBear & rakan-rakan kali ni.....
Thanx to Sham, Pei Yee, Celine, Jacklyn & Atie for joining us....